|
|
Tekanan sering dialami oleh kebanyakan kita samada kita sebagai pekerja,pelajar atau sesiapa sahaja.Bebanan di tempat kerja yang tiada berkesudahan menyebabkan mudah sakit kepala,badan terasa letih dan lesu.Apatah lagi bagi mereka yang bekerja selama 12 jam seharian dengan komputer.Ada sesetengahnya terpaksa bekerja dalam keadaan berdiri dalam tempoh masa yang panjang menyebabkan kaki terasa sakit.Jika dibiarkan tubuh badan dalam keadaan begini dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan badan akan mengalami kelesuan dan urat saraf bermasalah.Kereta yang kita gunakan setiap hari juga perlu diservis setiap bulan bagi memastikan kereta tidak meragam di tengah jalan.Bayangkan tubuh badan kita ini yang kita akan gunakan sepanjang hayat kita jika tidak diservis apa akan terjadi.Umur masih muda tapi sudah kelihatan berusia dari umur yang sebenar kerana sering sakit-sakit lenguh,sendi meradang,urat simpul dan sebagainya.Simptom yang sering dialami oleh mereka yang telah berusia.Tambah memburukkan lagi keadaan pemakanan tidak terjaga dan tidak mengambil supplemen tambahan serta kurang bersenam.Mereka yang mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok atau mengambil minuman keras akan lebih memudaratkan tubuh badan mereka.
Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan dan memulihkan kembali tubuh yang kelesuan antaranya beriadah bersama keluarga,bersenam,mengunjungi spa tapi cara yang paling cepat adalah melakukan servis urutan badan.Kuasa dan keajaiban urutan memang tidak dinafikan memberi kesan yang begitu mendalam bukan saja pada fizikal malah minda dan emosi individu terbabit.Urutan dengan cara yang betul mampu menurunkan kadar denyutan jantung,merendahkan tekanan darah,melancarkan perjalanan darah serta memulih dan menyegarkan kembali tubuh anda.Perkara seumpama itu bukan mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan,tekanan untuk memecahkan ketulan angin bagi melancarkan perjalanan darah.
Urutan turut meransang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.Kita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala.Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat jadi apabila stress kepala akan turut sakit.Leher dan bahu akan tegang dan jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar.Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri.Jika sebelah kiri banyak bergerak maka bahagian kiri yang akan mengalami ketegangan.Bagi memudahkan urutan dilakukan minyak urut digunakan.
FAKTA: Faedah Urutan
1. Menyingkirkan lebihan toksin dalam badan
2. Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
3. Merehatkan otot-otot yang selama ini mengalami ketegangan dan memulihkan kembali otot-otot.
4. Melancarkan sistem pencernaan dalam tubuh dan sistem perkumuhan di mana proses pembuangan akan lebih selesa.
5. Menyeimbangkan minda jasmani dan rohani.Emosi akan lebih stabil bila stress berkurangan.
6. Menghilangkan kelesuan serta memulih dan menyegarkan kembali tubuh.